Saturday, July 25, 2009

Our EX-teachers (5 Science 1, 2008)

Since I see someone pleading for the blog to Not Die, I rather come to this blog page which i frequent, looking at a pantun rather Than to look at a Hari Anugerah post which I could not attend... lol.. So here goes :

Dua belas guru, 5 Sains Satu,
Pelbagai ragam, pelbagai perwatakan;
Matlamat mendidik hanyalah satu,
Agar kami menempa kejayaan.

Kecil-kecil cili padi,
Suaranya lantang tanda berani;
Cik Lailatul guru BM kami,
Sambil mengajar 'nasihat' diberi.

Puan Helena namanya puan,
Sastera Inggeris menjadi kegemaran;
Masa terluang mencari 'Mutiara',
BI diajar pelbagai cara.

Subjek EST kami pelajari,
Daripada Puan Pushpinder, ilmu dicari;
Seorang guru, imaginasinya tinggi,
Menggemari pembentangan yang berbeza sekali.
Guru Matematik namanya Puan Ang,
Subjeknya diajar penuh dedikasi;
"Sekiranya siap, hantar sekarang",
Begitu katanya beliau yang 'busy'.

Matematik Tambahan diajar Encik Cheang,
Otaknya berpusing ligat sekali;
Soalan susah segera diterang,
Kami yang mengangguk sukar mengerti.
Puan Kaliammal, guru kelas kami,
Kelas Bionya kami ikuti;
Suaranya lembut, sopan sekali,
Mengambil berat pencapaian kami.
Kelas Kimia diajar Cik Chong,
Ilmunya yang kaya dikongsi bersama;
Eksperimen berjaya, semua pun gembira,
Semasa "Discussion", jangan jadi 'Setiausaha'.
Puan Lim guru yang mahir ICT,
Mengajar Fizik penuh dedikasi;
Di dalam kelas pandanglah LCD,
Nak conteng meja, janganlah sekali.
Puan Murizan mengajar Sejarah bangsa,
Orangnya lembut, berbudi bahasa;
Mahir mengajar, mahir berjenaka,
Kelasnya banyak unsur patriotisme.
Guru bernama Cik Hasnoridah,
Ilmu P.Moral dikongsi bersama;
Malangnya kelas Waktu Kelima,
Pelajar lapar, menunggu masa.
Puan Nantha, nama diberi,
PJ diajar Jumaat pagi;
Untuk kelasnya siapkan diri,
Tiada baju 'demerit' diberi.
Masa berlalu pantas sekali,
Sekolah bakal kami rindui;
(p/s : we're so over secondary school now.. haha..)
Jasa guru tersemat di hati,
Berdoa agar sentiasa diberkati.
~LydiaPang2008 : Copyright Reserved~
Haha.. Here's an outdated pantun from me. Hope that you'll enjoy it and don't find me so longwinded.. lol.. =) Oh, by the way, my pantun is Not Puitis. So, it cant really be treated as a Real Pantun. Just typing it for fun. hehe =P